Friday, January 28, 2011

DUIT : Bayar Hutang atau Saving

Yeahhh...
sekarang aku cuba untuk merajinkan diri aku menulis di laman blog aku nie. wish me luck. eh eh kalau mood rajin aku datang laju jer kan aku taip kat sini. cuba kang mood malas datang. hah time tu berhabuk-habuklah blog aku nie. haha.

ok stop. mari cerita secara serius. tapi jangan serius sangat. sila baca sambil tersenyum. eh apa jadah engkau yati melalut. ok ok aku nak kongsi sikit tentang apa yang aku baca semalam dari majalah PA&MA. sumber penulisan aku nie semua aku dapat dari majalah PA&MA ye (al-maklumlah dah jadi mak budak majalah PA&MA nie dah jadi satu kemestian aku membelinya setiap bulan. haha.)

kadang-kadang kita selalu mendengar keluhan kawan-kawan yang tak cukup duit nak bayar itu ini kan? dan kadang-kadang kita selalu juga dengar keluhan mereka yang teringin nak itu ini tapi tak cukup duit. kadang-kadang tu duit memang ada tapi terfikir nak beli atau tidak? adakah kehendak yang kita inginkan itu membazir atau sebaliknya? betul tak apa yang aku tulis nie?

aku pun kadang-kadang tergolong dalam golongan tersebut. sebagai contoh bila aku teringin nak beli itu ini aku kadang-kadang terfikir "eh tak membazir ke beli nie?" dan jawapannya kadang-kadang tu kita terkeluar dari landasan fikiran yang stabil so kita TERbeli jugak. dan kadang-kadang tu kita sedar diri terus tak mahu beli dan fikir dalam hati adalah elok kita simpan duit tu.

tapi aku rasa aku masih naif dalam menguruskan kewangan aku. serius aku cakap nie. sebab kadang-kadang aku ada jugak terkeluar dari landasan kewarasan dalam menguruskan kewangan aku. contohnya aku pantang nampak benda cantik aku nak beli. kang kalu tak beli sampai termimpi-mimpi. contohlah. dan semalam apabila aku layan baca majalah PA&MA tu buat aku tersedar seketika. mari aku manfaatkan apa yang aku baca tu.

Langkah-langlah yang perlu kita ambil untuk keseimbangan antara menyimpan duit dan membayar hutang adalah dengan cara begini :

1) wujudkan dana kecemasan : MESTI saving sebanyak 3-6 bulan daripada perbelanjaan bulanan sebagai dana kecemasan

2) Langsaikan hutang anda : wang yang digunakan untuk dana kecemasan digunakan untuk membayar hutang

3) utama dan bayar dahulu hutang yang mempunyai faedah yang tinggi. contoh hutang kad kreadit. kemudian barulah langsaikan hutang-hutang yang baik. contoh hutang perumahan dan pendidikan

4) fokus untuk masa depan. saving untuk diri-sendiri setiap bulan dan buat pelaburan.

PALING PENTING DI SINI : cuba minimumkan kehendak atau keinginan diri yang boleh mendatangkan pembaziran. ini pendapat aku. mari kita set di minda minimumkan semua kehendak dan keinginan yang melampau apabila keluar bershopping :).

2 comments:

  1. point no 1..saving 3-6 bulan dalam setahun ke?

    ReplyDelete
  2. yups..yg aku faham, at least dlm thn tu, aku kene ade saving 3-6bln dr perbelanjaaan bulanan..cth..kalo perbelanjaan 1500 sebulan, thn tu aku kne save at least 4500 for emergency case..

    ReplyDelete