Friday, June 17, 2011

Pengorbanan seorang Suami..

Hi peeps!

1st of all Happy Father's Day to my dad..to my Fil..and to my wonderful hubby:-)

Dari pandangan mata kasar..kita tak perasan pun suami/bapa ni banyak menyumbang..betul tak?masa berfikiran waras ni baru la sedar betapa bersyukurnya mempunyai suami sebegitu..contoh eh..

Kita ni punya la tunggang langgang nak kemas barang anak itu ini..tertinggal macam2 benda dari yang penting sampai la tak berapa nak penting..(tapi nak bawak jugak) 1 beg mana cukup kan?kasut lagi?heheh..then bila tertinggal satu barang kita punya la salahkan suami..tak bagi kerjasama..tak penah la nak tolong packing barang..asik2 kita jek!anak pun kita..awak buat apa?tengok jek?

Tapi sedar tak korang..bila semua barang2 packing tadi dah siap...sapa yang angkat masukkan dalam kereta?hee..suami kan..takkan kita lagi wakaka..

Ok..pergi jalan2 di shopping mall..
yang bawak keluar dan simpan balik stroller siapa?yang tolak stroller jugak siapa?
suami...

Yang bayar makan minum kita..?
suami...sebab kita pilih je nak makan kat mana..dia bayar je...mulia kan?tu belum kira berapa kali makan sehari tu..hehehe..belum campur tolak nak gi minum la..nak kuih tu la..nak itu nak ini la..kan?hehe

Yang banyak bagi pendapat,nasihat dan sokongan kat kita..?suami jugak la..even kadang2 pandangan diorang tu macam menyakitkan hati nak cari gado!tapi percayala..mana ada suami yang nak tengok isteri dia down kan?

Bila anak demam..yang lebih prihatinnya kita..tapi yang nak tanggung segalanya adalah suami..mana nak keluar duit nak bayar bil lagi..nak make sure anak sihat balik..nak jaga hati isteri yang tengah susah hati of coz...suami lah!

Pendek kata..suami banyak main peranan dalam kehidupan seharian kita..kita je kadang2 terlepas pandang..sebab diorang nampak lebih kearah cari duit..dan kita plak yang uruskan anak2 dan rumah tangga..kan?

Pernah tak korang dalami perasaan diorang..?masa tengah susah..sedih dan sebagainya?bila kita sedar,boleh menangis ok teringat pengorbanan yang diorang buat besar nilainya...lagi2 untuk keluarga sendiri..

Panjang plak entry ni, balas dendam dh lame tk merepek kat sini...hargai la suami sementara dia masih menyayangi kita ... memang keja kita asik nak bebel je kan..bila ada tak kena..itu tak kena..tapi lumrah la...semoga kita diberi petunjuk agar lebih memahami antara satu sama lain..

Saturday, April 23, 2011

Family Planning

Keluarga perlu dirancang di atas beberapa sebab. Sebab utama bagi aku adalah kerana untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Memang betul anak itu rezeki tetapi jika ramai anak tetapi badan sakit siapa yang akan jaga anak tersebut? Kesian anak-anak.

Kenapa perlu merancang?

Sebab utama adalah kerana luka masih belum pulih sepenuhnya. Surface mungkin nampak sudah sembuh tetapi underneath mengambil masa ye puan-puan.

Kalau TERpregnant macam mana?

Kalau pregnant sebelum masanya, haruslah berjumpa pakar secepat mungkin. Termasuk dalam kategori high risk - early pregnancy. Tak semestinya kena cuci rahim, masih boleh proceed tetapi kena under specialist supervision lah.

Macam mana nak merancang?

Ada beberapa options antaranya melalui pengambilan pil perancang, suntikan, implan ataupun IUCD. Setiap langkah ada pro and cons. Kalau plan tak lebih 2 tahun boleh cuba ambil pil ataupun suntikan. Implan dan IUCD adalah untuk 2 years and above. Kalau plan untuk lebih 2 tahun boleh juga ambil suntikan setiap 3 bulan sekali tetapi tak advice ambil pil, pasal tak elok ambil pil lama sangat sampai 2 tahun.

Pil perancang - Kena ambil hari-hari tak boleh miss. Sesuai untuk mereka yang plan untuk menjarakkan anak tak sampai 2 tahun. Boleh jadi gemok ke? Tak semestinya, kesan berbeza mengikut individu.

Suntikan - Kena cucuk kat punggung, di ambil 2 atau 3 bulan sekali (boleh pilih, I pilih 3 bulan). Ada orang kata sakit masa ubat tu masuk tapi bagi aku just rasa sakit kena cucuk je ah. Kalau guna cara ini nanti doktor bagi lah kad kecil noted bape haribulan kite kena repeat injection.

Implan - Perlu ditanam/dimasukkan pada lengan (perlu small procedure/surgery) Sejenis alat macam straw supermini akan dimasukkan pada lengan, hormon untuk birth control akan dikeluarkan perlahan-lahan melalui alat tersebut. Kalau mahu pregnant, alat itu perlulah dikeluarkan (small procedure/surgery lagi sekali)

IUCD - Sejenis alat akan dimasukkan pada rahim. Kalau nak pregnant kenalah keluarkan balik.

Ada beberapa cara lagi tapi yang aku listkan ini yang percentage untuk pregnant adalah tak lebih dari 1%. Yang lain-lain tu macam still ada 20% untuk pregnant. Apa-apa pun keberkesanan atau pun kesan sampingan adalah berbeza dari setiap individu. Untuk lebih lanjut boleh cuba baca dekat sini.

Untuk aku, aku pilih implan, sebab aku takut aku tk disiplin makan pil n lebih ekonomi berbanding suntikan. So kalau aku plan 2 tahun, after 2 thn aku boleh minta doktor buat small surgery untuk keluarkan.InsyaALLAH, bagi khalisah dh besar dalam 2 thn lebih nnt ummi bagi adik ye..hehe





Apa-apa pun berbincanglah dengan pasangan anda, dan pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Sekian, correct me if I'm wrong.

Wednesday, April 6, 2011

Hidup Ini Jangan Terlalu Berkira

Ramai orang berduit adalah kedekut. Pasal mereka kedekutlah mereka ada duit ratus ribu mungkin almost juta juta dalam account. Orang yang buat business terutamanya mesti calculative tentang duit. Haruslah kalau tak macam mana nak pusing modal nak expend business.

Mungkin ada orang tak boleh nak terima tapi ini pendapat aku je lah. Bukan nak carik kontroversi ye. Jangan kedekut, jangan berkira. Tak kiralah gajimu sikit atau banyak. Kalau banyak tu haruslah lebih generous. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. More you give more you get back. Tapi memberi harus ikhlas kerana Allah, bukan pasal nak dapat pulangan balik pulak. Tak dapat kat dunia, insyaAllah jadi saham akhirat. :)

Mendermalah selagi mampu. Pergi masjid masukkan duit kat tabung masjid. Sedekah kat orang cacat, anak yatim, orang tua. Setiap rezeki yang kita dapat, ada bahagian anak yatim and fakir tegar. Bayar zakat? Alah berapa ringgit sangat kot bayar zakat setahun sekali tu. Satu family biasanya tak sampai RM100 pun.

Dapat gaji sekali sekala belanja mak ayah, adik beradik. Bagi duit kat mak ayah itu bahagian lain, belanja itu pulak bahagian lain. Jangan berkira, jangan mengeluh. Mesti ikhlas and yakin dengan rezeki dari Allah. Sedih tengok orang yang berkira dengan adik beradik sendiri, dengan mak ayah. Duit tak boleh bawak pergi mati, semua orang tahu.

Saving dengan kedekut itu tak sama. Perlu ada saving untuk future tapi jangan sampai terabai yang present ni. Kita tak tahu kita mati bila. Simpan duit berkepuk dalam bank tapi umur tak panjang, sudahnya duit tu pergi kat orang lain jugak. Kita pun tak tahu orang yang kita sayang mati bila. So jangan terkilan kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita sebelum sempat kita laburkan duit yang kita dok saving itu pada mereka.

Gaji aku and hubby memang tak banyak tapi alhamdulillah masih cukup makan pakai, boleh makan sedap/mahal sekali sekala, boleh pergi bercuti. Walaupun tak kaya atau mewah tapi rezeki tak pernah putus. Syaratnya, jangan kedekut, jangan berkira, mesti ikhlas, yakin dan percaya dengan rezeki dari Allah. Kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur. InsyaAllah walau pun dalam kesempitan akan ada jalan untuk rezeki itu datang.

*entri ni terhasil pasal aku penat tengok dan dengar orang terdekat and sekeliling aku being stingy and berkira walaupun hakikatnya banyak duit, banyak harta. pasal kedekut kot maybe hati jadi tak senang, tak pernah puas dengan nikmat dunia.

2 Wonderful Years



1997 - 2007.

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


2008.

Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.


2009.

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna hendak bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


**


To be honest, this is the most difficult entry to post. I have been typing since 2 weeks ago. Draft demi draft, namun tidak ada yang layak untuk di-publish-kan. Dah sebulan anniversary baru nak update.Takpe, yang penting update untuk kenangan di masa depan.

6th March 2011. It marks the second year of our marriage. Dugaan memang banyak selama dua tahun ini, daripada mencari keserasian untuk hidup bersama, sampailah ke perkara-perkara lain yang lebih hebat lagi. Tetapi Alhamdulillah kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana sentiasa berada di samping kami sehingga kami berjaya mengharunginya dengan kuat & tabah.

Pertama sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT for giving me such a wonderful husband. Serious. Hahah.Being married to Khalid: teman serumah, makan sepinggan, tidur sebantal, & mandi se-bath tub ini adalah sangat membahagiakan. Sungguh. Never been happier. Hidup masih sama, pergi kerja, balik rumah, makan, mandi, tidur, but guess life is more meaningful now. Lebih bermakna. Because I am living with a person who loves me unconditionally. Rasa hidup lengkap kerana sentiasa ada seseorang di sisi untuk menemankan. Untuk berbual. Untuk bertukar pendapat. Untuk diajak keluar berjalan-jalan. Untuk diminta belanja makan. Untuk dipeluk ketika tidur. Hehehe.

Kahwin memang best.

Being married for 2 years masih terasa seperti ber-honeymoon.



Sempena kita melangkah ke tahun seterusnya, semoga kasih sayang kita bertambah erat. Semoga kita bertambah kuat menghadapi cabaran & rintangan. & semoga Allah memberkati setiap langkah kita.



Thank you so much for this 2 wonderful years together. Abang, I look forward to many more exciting years in the future. & more kids too. Hehehe.

Sunday, March 13, 2011

10 Months



Waa...lamenye tk update blog, draft sikit punya byk..so many things to share..Last week was our 2nd anniversary..Yg tu nnt update post lain..Nnt lari tajuk..hehe

Post ni utk Khalisah anak ummi yang makin aktif, bijak, cerdik..Kejap je Khalisah dh nk masuk 10 bulan..cepat masa berlalu.Alhamdulillah anak dara ni dh achieve macam-macam..Antara kebolehan dan perangai baru anak ummi ni:

1. Sgt clingy dengan ayah sekarang..Geram tgk die panjat2 ayah dia, then lentok kepala atas dada bila ayah dia kate sayang ayah..pandai ambil hati ayah ni..cari ummi bile nk makan, nk susu and nak tidur..

2. Bile dah siap cantik2 tu pandai cari ayah suruh bwe jalan2..seronok tgk gelagat dia..

3. Khalisah dh mule nak berjalan..Dah start hold on to something and meniti perlahan-lahan..Pastu ada gaya mcm nak lepas tpi belum pndai balance kn diri.

4. Pandai main peek a boo..Tutup mata dgn tgn, slagi kite tk sebut "ba cak" selagi tu tgn dia ttp mata..Geram tgk, rasa nk geget je die..

5. Dah pandai response to music and sound..Her fav song is "Twinkle-Twinkle Little Star", bergoyang-goyang badan dgr lagu tu..Kalau tgk cartoon or dengar music rancak mmg menari die..

6. Yang paling obvious skrg, she is starting to imitate our behaviour or everything we did yang berkenan kat die..Last sunday perasan die tgk je ayah pakai bedak lepas mandi, lepas tu ummi tgk dia duk sapu2 tgn dia dekat muka and badan..Lepas mandikn dia, dia tadah tgn rupa nya nk minta bedak, letak sikit kt tgn abis die sapu muka die..Cheeky, geram..hehe..Now, semua org kne behave dpn dia supaya dia tak tiru bende yang tak sesuai...

Setakat ni, itu je rasenye dulu...Cepat sgt masa berlalu, hari ini tgk perangai ni, esk die dh belajar benda lain..Semoga anak ummi membesar dengan sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH..

Jom layan gambar budak comel yang semakin cheeky nih...



Sunday, February 27, 2011

Sugar High.

Semua ni gara-gara terpengaruh dengan post LADYNAZA yang asyik cite sal foodie jek...Satu lg sbb asik tgk channel 706 smpi En.Khalid kate asik cite makan je sokmo...hehe

Dah few times i made trifle tpi kali nie version lain ckit...Kite tukar selera ckit..i love trying in my cooking, tmbh itu tambah ini sikit ikut sesedap rase..Disebabkan permintaan ramai (poyo la ko yati) , here i share the recipe of my berry trifle..(resipi ni i alter ckit dr Tyler's Ultimate version)

Mule2 kite layan gambar dulu..indulging kn?hehe...



Nak buat berry trifle ni, u need strawberry, rasperry n blueberry (nk tuka buah lain pn bley tapi tk ler name nyer berry trifle..hehe), whip cream, lemon juice, vanilla essence, sugar, cornstarch n butter cake..

Mule2 skali combine kn all the berries , then perahkan lemon juice..Sebiji lemon dh cukup unless korang prefer masam2 lg...biarkn sekejap dl 2-3 minit kasi all the berries ala2 absorb lemon juice tu..Lupe lak, strawberries tu belah la 2 ke 4 ke ikut citarasa msg2..saye gune korean strawberry (ade jual kt jusco / giant)..strawberry jenis ni die manis sikit...lepas tu masukkan gula dlm 1 cup (yg ni ikut rase, kalo nk manis ltk lebey ckit tpi saye prefer ade masam2 ckit..)..pastu letak cornstarch dlm 1 teaspoon..masak dalam medium heat, kasi gula tu melted n sebati sume, dh siap sejukkn kasi juices from berries tu pekat..

Sambil2 tgg berries sejuk, bley start whip kn cream...Saye gune whipping cream dlm kotak, letak ckit vanilla essence n 1 tablespoon sugar...Dh whip the cream, potong butter cake ikut kesesuaian bekas yang anda gune.Nak nmpk presentable gune bekas clear nnt bley nmpk trifle layer tu...

Base letak butter cake dlu then letak berries n juices tu utk lembapkan cake tu..Atas berries tu letak cream td..Teruskan layer yg same smpi abis...Sejukkan dlu before makan baru sedap..Layan gitu...

This trifle tk amik masa yang lama nk buat sbb tk perlu wt custard or agar2 layer...butter cake tu pun saye bli kt bakery je..

Selamat mencuba!!XD...(nisha, dh wt sila post kt fb yer..hehe)

Monday, February 21, 2011

Teknologi : Perlu Ada Had

Aku sebenarnya dah lama terpanggil untuk buat entri ini. Entri yang mungkin akan ada yang setuju and ramai yang tak setuju berkaitan teknologi and gadget dalam kehidupan kita. Sedar atau pun tak, sebenarnya teknologi ni semua dah jadi part of our life, betul?


Lecturer time aku study dulu pernah brief pasal topic ni, di mana manusia sekarang macam tak boleh hidup tanpa phone. Nak tidur pun kadang kita simpan phone bawah bantal, padahal dulu boleh je kita hidup tanpa phone kan. Hari ni, kita membenarkan diri kita dikawal oleh teknologi. Time tu aku setuju dengan lecturer aku cuma aku tak ambil serius sangatlah.


Time bercinta, teknologi memang banyak membantu. SMS tak putus-putus bawa ke tidur. Kalau boleh online, chatting sampai pagi, duduk dalam gelap, dalam selimut senyum sorang-sorang. Bahagia je rasanya. Tapi bila dah kahwin, teknologi mula buat aku rasa annoying. Kami dah tak perlu SMS selalu, tak perlu nak chatting selalu pasal dah duduk serumah.


Beberapa hari lepas aku tonton Oprah. Topic pasal masalah berkaitan teknologi yang kita dambakan sekarang, di mana family tinggal serumah tapi they disconnected with one and another. Sangat kronik sampai nak makan pun kena SMS pasal anak-anak duduk dalam bilik layan game or sibuk SMS dengan kawan-kawan. Boleh bayangkan satu family duduk serumah tapi si ayah and ibu sibuk on laptop, anak lelaki main game, anak perempuan sibuk online chatting. Menyedihkan occay. To solve the problem, depa kena simpan all things yang distract their communication, all phones, CD player, game, laptop, semua simpan tak boleh pakai hingga seminggu. At the end they still survive and live more happier than before pasal akhirnya mereka betul-betul dapat communicate dengan body gesture and really participate with their family.


Aku selalu rasa sedih kalau dengar parents yang rasa best dapat beli iPad, so anak boleh belajar bercakap dengan Gremlin. Parents yang rasa best dapat beli iPhone or PSP pasal nanti anak behave boleh layan game tak kacau orang. Sama ada kita sedar atau pun tidak, kita serahkan tanggungjawap and bergantung harap pada teknologi tersebut. Kita sedar atau tidak, sebenarnya lebih susah untuk beri perhatian dari beli mainan.


Memang betul early exposure kepada teknologi and gadgets boleh buat anak lebih high-tech. Penggunaan multimedia boleh buat sesi pembelajaran lebih menarik. Tapi tahukah kita too much time on TV or laptop juga boleh buat anak kita lebih mudah dapat asthma, obesity, rabun and banyak lagi masalah kesihatan lain.


Memang anak boleh belajar dengan tengok VCD tapi sebenarnya at their age adalah lebih baik mereka belajar sendiri dengan jadi baby explorer. Biarkan dia merangkak panjat sana panjat sini. Biarkan anak cuba buka almari and punggah segala isi pasal actually it is part of their learning, and they are developing. Let them enjoying their time. Let them play. TV, VCD or games adalah passive learning. They need to be active, semua orang perlu jadi aktif.


Tapi bahayalah biakan anak main panjat sana sini nanti jatuh and injured. Di sinilah kita memainkan peranan kita as parents. Awasi and pay attentions to our kids, lagi bagus kalau kita dapat main bersama. Tapi most of us prefer biarkan anak tengok TV or main game while we doing our works, get online and all. Jangan salahkan masa yang cepat berlalu, sedar-sedar anak kita dah besar without get enough attentions from us. Semua orang dapat 24jam sehari, takda lebih takda kurang.


Kalau mampu tak salah pun nak beli iPad, iPhone, BB, game, laptop or LED TV. Tapi mesti ada had guna, mesti tahu limit. Jangan biarkan diri kita, anak kita terlalu leka and bergantung hidup dengan teknologi tu semua. Macam mana canggih sekali pun teknolgi, kalau dapat warm hug, holding hand and kisses kita akan rasa lebih disayangi daripada dapat MMS says I Miss You Sayang!


Dapat bercakap face to face sambil ketawa or maybe menangis for 1 hour adalah lebih menyenangkan dan melegakan dari texting sepanjang hari. Kadang-kadang apa yang kita or anak kita perlukan hanyalah perhatian, dapat makan satu keluarga satu meja. Pergi picnic on weekend, main boomerang or baling-baling bola without daddy or mommy busy pick up calls or texting from who ever.


Aku tulis entri ini bukan nak ajar orang lain macam mana nak jadi parents or jaga anak korang tapi ikhlas dari hati seorang ibu yang risau akan family and anak sendiri. Aku nak anak aku, family aku dapat enough attentions. Aku taknak diri aku sendiri rasa amat perlu beli iPad kalau tak nanti kesian anak aku tak high tech macam anak orang lain. No doubt, environment kita sangat mempengaruhi pemikiran kita.


Aku ada view aku sendiri how to raise my child. Aku cuba untuk tetap kepada apa yang aku percaya tanpa terpengaruh dengan trend atau what ever.


Ini baru pendapat tentang teknologi and gadget belum lagi pasal sekolah, education or extra classes. Rileks la Yati, anak kau baru 9 bulan.