Wednesday, April 6, 2011

Hidup Ini Jangan Terlalu Berkira

Ramai orang berduit adalah kedekut. Pasal mereka kedekutlah mereka ada duit ratus ribu mungkin almost juta juta dalam account. Orang yang buat business terutamanya mesti calculative tentang duit. Haruslah kalau tak macam mana nak pusing modal nak expend business.

Mungkin ada orang tak boleh nak terima tapi ini pendapat aku je lah. Bukan nak carik kontroversi ye. Jangan kedekut, jangan berkira. Tak kiralah gajimu sikit atau banyak. Kalau banyak tu haruslah lebih generous. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. More you give more you get back. Tapi memberi harus ikhlas kerana Allah, bukan pasal nak dapat pulangan balik pulak. Tak dapat kat dunia, insyaAllah jadi saham akhirat. :)

Mendermalah selagi mampu. Pergi masjid masukkan duit kat tabung masjid. Sedekah kat orang cacat, anak yatim, orang tua. Setiap rezeki yang kita dapat, ada bahagian anak yatim and fakir tegar. Bayar zakat? Alah berapa ringgit sangat kot bayar zakat setahun sekali tu. Satu family biasanya tak sampai RM100 pun.

Dapat gaji sekali sekala belanja mak ayah, adik beradik. Bagi duit kat mak ayah itu bahagian lain, belanja itu pulak bahagian lain. Jangan berkira, jangan mengeluh. Mesti ikhlas and yakin dengan rezeki dari Allah. Sedih tengok orang yang berkira dengan adik beradik sendiri, dengan mak ayah. Duit tak boleh bawak pergi mati, semua orang tahu.

Saving dengan kedekut itu tak sama. Perlu ada saving untuk future tapi jangan sampai terabai yang present ni. Kita tak tahu kita mati bila. Simpan duit berkepuk dalam bank tapi umur tak panjang, sudahnya duit tu pergi kat orang lain jugak. Kita pun tak tahu orang yang kita sayang mati bila. So jangan terkilan kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita sebelum sempat kita laburkan duit yang kita dok saving itu pada mereka.

Gaji aku and hubby memang tak banyak tapi alhamdulillah masih cukup makan pakai, boleh makan sedap/mahal sekali sekala, boleh pergi bercuti. Walaupun tak kaya atau mewah tapi rezeki tak pernah putus. Syaratnya, jangan kedekut, jangan berkira, mesti ikhlas, yakin dan percaya dengan rezeki dari Allah. Kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur. InsyaAllah walau pun dalam kesempitan akan ada jalan untuk rezeki itu datang.

*entri ni terhasil pasal aku penat tengok dan dengar orang terdekat and sekeliling aku being stingy and berkira walaupun hakikatnya banyak duit, banyak harta. pasal kedekut kot maybe hati jadi tak senang, tak pernah puas dengan nikmat dunia.

3 comments: