Saturday, April 23, 2011

Family Planning

Keluarga perlu dirancang di atas beberapa sebab. Sebab utama bagi aku adalah kerana untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Memang betul anak itu rezeki tetapi jika ramai anak tetapi badan sakit siapa yang akan jaga anak tersebut? Kesian anak-anak.

Kenapa perlu merancang?

Sebab utama adalah kerana luka masih belum pulih sepenuhnya. Surface mungkin nampak sudah sembuh tetapi underneath mengambil masa ye puan-puan.

Kalau TERpregnant macam mana?

Kalau pregnant sebelum masanya, haruslah berjumpa pakar secepat mungkin. Termasuk dalam kategori high risk - early pregnancy. Tak semestinya kena cuci rahim, masih boleh proceed tetapi kena under specialist supervision lah.

Macam mana nak merancang?

Ada beberapa options antaranya melalui pengambilan pil perancang, suntikan, implan ataupun IUCD. Setiap langkah ada pro and cons. Kalau plan tak lebih 2 tahun boleh cuba ambil pil ataupun suntikan. Implan dan IUCD adalah untuk 2 years and above. Kalau plan untuk lebih 2 tahun boleh juga ambil suntikan setiap 3 bulan sekali tetapi tak advice ambil pil, pasal tak elok ambil pil lama sangat sampai 2 tahun.

Pil perancang - Kena ambil hari-hari tak boleh miss. Sesuai untuk mereka yang plan untuk menjarakkan anak tak sampai 2 tahun. Boleh jadi gemok ke? Tak semestinya, kesan berbeza mengikut individu.

Suntikan - Kena cucuk kat punggung, di ambil 2 atau 3 bulan sekali (boleh pilih, I pilih 3 bulan). Ada orang kata sakit masa ubat tu masuk tapi bagi aku just rasa sakit kena cucuk je ah. Kalau guna cara ini nanti doktor bagi lah kad kecil noted bape haribulan kite kena repeat injection.

Implan - Perlu ditanam/dimasukkan pada lengan (perlu small procedure/surgery) Sejenis alat macam straw supermini akan dimasukkan pada lengan, hormon untuk birth control akan dikeluarkan perlahan-lahan melalui alat tersebut. Kalau mahu pregnant, alat itu perlulah dikeluarkan (small procedure/surgery lagi sekali)

IUCD - Sejenis alat akan dimasukkan pada rahim. Kalau nak pregnant kenalah keluarkan balik.

Ada beberapa cara lagi tapi yang aku listkan ini yang percentage untuk pregnant adalah tak lebih dari 1%. Yang lain-lain tu macam still ada 20% untuk pregnant. Apa-apa pun keberkesanan atau pun kesan sampingan adalah berbeza dari setiap individu. Untuk lebih lanjut boleh cuba baca dekat sini.

Untuk aku, aku pilih implan, sebab aku takut aku tk disiplin makan pil n lebih ekonomi berbanding suntikan. So kalau aku plan 2 tahun, after 2 thn aku boleh minta doktor buat small surgery untuk keluarkan.InsyaALLAH, bagi khalisah dh besar dalam 2 thn lebih nnt ummi bagi adik ye..hehe





Apa-apa pun berbincanglah dengan pasangan anda, dan pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Sekian, correct me if I'm wrong.

5 comments:

  1. Are you using any?? I'm thinking to use one.. Ari tuh aku pakai pill,Noriday.. They said that one yg seswai utk breastfeed mommy.. Masalahnya, dia hanya full proof if anak kita fully breastfeed je (the doctor said).. So skang kena carik lain.. Kalo pakai pill len takut susu kurang... Masih berhajat nak susukan anakanda sampai 2 years.. Hehehe..
    Apa pendapat anda yg dah buat research?? heheh...

    ReplyDelete
  2. yehyeh..khalisah nak dpt adik yehyeh (salah respond nih)..hehe

    ReplyDelete
  3. Farah : aku pki implan..itu pun after some research n view dr member aku yg pnh pakai..member aku tu dah pakai nk msk 3 years n dia fully bf baby die smpi 2 years.Even doc aku pn kate implan tak effect bf.Just nnt hormon kacau la, aku period pn ting tong sgt2.

    Naza : aku tgg ko dlu bg adik kt izz..hehe

    ReplyDelete
  4. yati, a very good post =)
    aku pun buat research ckit tp tak abis tu yang sampai sekarang tak apply apa2 family planning hehe..sbb utama takut salah pilih n effect my milk production. tapi after some times, aku rasa aku kena amik jgk sbb takut terbabas ;p kwn ko yg pakai implan tu mmg betul fully bf eh, tak kacau susu kan. so bolehlah aku propose kat hubby aku hehe..

    ReplyDelete
  5. Wid.kwn aku tu fully bf baby die until 2 yrs.Implan ni yang aku nmpk dh dkt 9 bln aku pki cume effect to period.sgt ting tong.implan ni last for 3 years,bile pki doc akn bg satu kad yg ade due date.cuma masa awl2 pki aku ade pening2 skit tpi last dlm 2 weeks cmtu.Aku pilih ni sbb tkt terbabas gk n aku ade fobia miscarriage.bfore khalisah aku 2 kali miscarriage, doc kate sng lkt tpi rahim kurang kuat..

    ReplyDelete