Wednesday, April 6, 2011

2 Wonderful Years



1997 - 2007.

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.


2008.

Cantik memanjat pohon ara,
Nampaknya cantik berseri laman,
Besar hajat kami tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman.


2009.

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh, ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna hendak bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi


**


To be honest, this is the most difficult entry to post. I have been typing since 2 weeks ago. Draft demi draft, namun tidak ada yang layak untuk di-publish-kan. Dah sebulan anniversary baru nak update.Takpe, yang penting update untuk kenangan di masa depan.

6th March 2011. It marks the second year of our marriage. Dugaan memang banyak selama dua tahun ini, daripada mencari keserasian untuk hidup bersama, sampailah ke perkara-perkara lain yang lebih hebat lagi. Tetapi Alhamdulillah kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana sentiasa berada di samping kami sehingga kami berjaya mengharunginya dengan kuat & tabah.

Pertama sekali, saya memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT for giving me such a wonderful husband. Serious. Hahah.Being married to Khalid: teman serumah, makan sepinggan, tidur sebantal, & mandi se-bath tub ini adalah sangat membahagiakan. Sungguh. Never been happier. Hidup masih sama, pergi kerja, balik rumah, makan, mandi, tidur, but guess life is more meaningful now. Lebih bermakna. Because I am living with a person who loves me unconditionally. Rasa hidup lengkap kerana sentiasa ada seseorang di sisi untuk menemankan. Untuk berbual. Untuk bertukar pendapat. Untuk diajak keluar berjalan-jalan. Untuk diminta belanja makan. Untuk dipeluk ketika tidur. Hehehe.

Kahwin memang best.

Being married for 2 years masih terasa seperti ber-honeymoon.



Sempena kita melangkah ke tahun seterusnya, semoga kasih sayang kita bertambah erat. Semoga kita bertambah kuat menghadapi cabaran & rintangan. & semoga Allah memberkati setiap langkah kita.



Thank you so much for this 2 wonderful years together. Abang, I look forward to many more exciting years in the future. & more kids too. Hehehe.

3 comments:

  1. sobs la entry ni. insyaAllah, hingga ke akhir nyawa..

    ReplyDelete
  2. sweetnye story ko...aku yg baca pun tersenyum sorang2 (^__^) yati & khalid, semoga Allah swt sentiasa menaungi dan memberkati keluarga kalian. Khalisah suh ummi ngn abah bagi adik ramai-ramai ye hehe....
    (pandai2 je aku bg title abah kat khalid. khalisah panggil khalid ape ek? sori kalau silap huhu...)

    ReplyDelete
  3. Wid,khalisah pggl ayah n itu la perkataan pertama dia..ummi bley pggl tpi ujung yg tggl "mi" je..hehe

    ReplyDelete